Aku nak berbahasa Malaysia la hari ni.....Re-R... Aku rasa kereta ni best tapi ada banyak perkara yang nak kena buat. Boleh perform tapi driving letih. Terlalu stabil, terlalu responsive, cepat sangat, Sensitive. (habisla oversea readers aku nak translate yang diatas pun bukan bahasa betul... :P )
Aku perasan yang bagusnya:
Alloy Bulkhead Re-R ni sangat keras dari segi design dan juga materialnya. Memang aluminium yang berkualiti tinggi!
Design Re-R untuk adjust Spur dan Pinion bagus sebab motor ada di kedudukan yang sama cuma beza motor tinggi atau rendah. Kalau pakai spur maximum besar dan pinion maximum kecil graviti motor akan berada tahap paling rendah. Aku dah test rupanya motor boleh letak sampai terkeluar dibawah chassis! Kalau TC-D adjust motor akan ke depan atau kebelakang sikit.
Graviti akan lebih baik. Tetapi aku tak rasa Center of graviti itu ada di motor.... Ianya battery! letaklah motor kat depan hidung pun battery la sebenarnya COG (the heaviest parts on the car). Motor depan untuk balance. Motor untuk cornering Axis. Motor dibelakang axle depan tak akan bagi terlalu banyak impacts. Motor di depan axle/UJ akan banyak impacts (baik/buruk). Aku masih rasa belakang bawa depan best. Belakang grip, depan loose senang bawa. Kereta yang senang bawa, senang menang. aku dah test banyak kereta, kereta champion2 yang selalu masuk event memang senang bawak. Ada juga kereta yang jarang compete dalam event yang sangat best bawak! Kereta orang yang bodoh, sombong lagi berlagak tak payah cakap la, buang masa. :)
Oleh kerana aku dah boring tak tahu nak buat apa kat rumah, Bulkhead telah dihantar ke pakar potong memotong (machine shop). Aku nak potong lebih tapi kena ingat pulley depan 40T, sangkut chassis nanti.
Yang belakang biar standard. Kita kena tahu yang designer kit international ni memang ada sebab design macam tu. Cuma kadang2 trend dah berubah, teknologi berubah, dan sebagainya membuatkan kita kena updatekan chassis kita. Orang yang banyak duit beli aje kit yang terbaru. Orang macam aku ni kena usahalah...
Tak tahulah siapa pembaca blog aku ni yang boleh imagine kat mana aku potong ni sebab yang pakai Re-R aku sorang je, aku nak share nak buat apa?????
Oh ARD CER pun sama. Kawan2 macam Nazir, Edan, Ah Siong adik beradik, Kuchai, black pun ada. Zamarul aku dah lama tak jumpa. Cake Drift Avenue Thai pun ada, CERX macam Kandaq, Adie & Jem. Semua designer sama. Aku tak rasa diorang akan buat pun perkara2 sebegini. hahahahaha :)
Tak buat pun takpe. Aku saje je share.
Kalau calar bulkhead aku, aku deanodize kat rumah aje.. tak pun anodize kaler lain nak? Kaler apa yang paling jahat? Tengokla dulu.... assalamualaikum! :)
No comments:
Post a Comment