Monday, January 17, 2011
Track facilities...
Kalaulah ada track simple macam ni kat area Lembah Klang kan bagus. Ramai orang yang mampu practice. A31 aku tu dah lama tak tukar rim 16 kat belakang...:)
Memanglah "takde duit jangan main kereta", tapi Track Sepang dah macam untuk golongan "sangat" berada, fee pun makin naik, maklumlah international track...
Track Batu tiga dulu dah terbukti mesra rakyat digantikan dengan perumahan supaya anak penduduk di situ boleh berkata "Saya tinggal di kayangan cikgu..".
Track setiap Sabtu kat MAEPS pun dah rosak binasa. Siapa yang tegar saje yang main. Track Melaka best tapi siapa nak drive sejauh tu? Towing? Kos jadi sama main kat Sepang. :)Workshop2 cuba masuk event yang diorang mampu (drift,drag,time attack).
Member yang race motor LC135 kat Sepang baru2 ni pun mengeluh,fee NAIK LAGI. Yang main endurance race/Merdeka pun dah berenti. Ramai yang terpaksa cari alternatif lain. Dengar cite mungkin kategori LC135 nak dihentikan dan diganti dengan kelas lebih tinggi. Peminat2 kereta golongan pertengahan yang tak mampu, takde tempat nak lepas gian. Mungkin masa mengundi nanti diorang boleh "lepas gian" tu...
Ramai member sekarang ni pun ada kenangan kat Batu Tiga dulu. Dari mlm minggu ke event2 besar. Aku yang duk kampung pun pernah join aktiviti kat situ - dulu motor je la. Zaman drag kat Jempol pon best juga.Semuanya sebab KOS yang murah.
Tahun 2005 punya hobby. :)
Best aku tengok bila Menteri Belia dan Sukan rasmikan FX Open Drift even tahun lepas. Nampak dia macam syok je ngan drift. Tapi setakat tu je la. Kalaulah dia buat RC Drift track kat Selangor ni, mesti dihargai orang punya! RC Drifter kita pun ramai yang dah menang kat Singapore & Indonesia. Kita boleh maju lagi.
Tunggu la track baru RCC buka nanti... Pihak swasta yang buat. Kalau government support kan bagus... :)
Isu ini kecik aje bebanding isu pentadbiran negara. Malaysia boleh dikatakan berjaya. Cuma aku rasa kalau golongan macam aku ni dikasihi, aku mengasihi mereka juga! Yearh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment